Hubungi Kami
KOPERASI KAKITANGAN MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG BERHAD

Tingkat 2, Blok A, Majlis Perbandaran Selayang, Persiaran 3, Bandar Baru Selayang, 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan

Tel : 03-61201161 / 6128 1161

Fax: 03-61373202

Pautan

Produk dan Perkhidmatan

    Latar Belakang

    Idea penubuhan Koperasi Kakitangan Majlis Perbandaran Selayang Berhad (KOMAS) telah dicetuskan oleh Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Selayang iaitu Y. Bhg. Dato' Hj. Bakaruddin Bin Othman; Y. Bhg. Dato' berkhidmat di Majlis Perbandaran Selayang dari 1 Ogos 1999 hingga 31 Mei 2005.

    Penubuhannya diluluskan dalam Mesyuarat Ketua-ketua Jabatan, Majlis Perbandaran Selayang Bil. 1/2002 dengan tujuan dan harapan KOMAS akan menjadi suatu wadah entiti yang boleh menambahbaik tahap sosio-ekonomi kakitangan-kakitangan Majlis Perbandaran Selayang.

    Kejayaan mendaftarkan KOMAS di Jabatan Pembangunan Koperasi; kini dikenali sebagai Suruhanjaya Koperasi Malaysia; adalah hasil usaha oleh Anggota Lembaga-anggota Lembaga yang dilantik dalam Mesyuarat Agung Permulaan pada 6 Mei 2003 iaitu yang terdiri daripada individu-individu yang berikut:

    i.
    Tuan Hj. Abdullah Bin Marjunid
     
    Setiausaha (2003)
     

    ii.
    Ahmad Tarmizi Bin Mat Ariffin
     
    Pembantu Tadbir (2003)
     

    iii.
    Az'har Bin Samsuri
     
    Akauntan (2003)
     

    iv.
    Helda Syima Binti Abu Talab
     
    Penolong Pegawai Perhubungan Awam (2003)
     

    v.
    Hj. Abd Rahim Bin Ahmad
     
    Inspektor Kesihatan (2003)
     

    vi.
    Rusni Binti Abdullah
     
    Arkitek (2003)
     

    vii.
    Roslina Binti Mohd. Shah
     
    Penolong Pegawai Tadbir (2003)
     

    viii.
    Rohayu Binti Ramli
     
    Penolong Akauntan (2003)
     

    ix.
    Mohd. Haris Bin Amir
     
    Pembantu Teknik (2003)
     

    x.
    Jamaluddin Bin Mat Dari
     
    Penolong Pegawai Tadbir (2003)
     

    xi.
    Hj. Azari Bin Bakri
     
    Pegawai Tadbir (Ketua Jabatan Pentadbiran) (2003)
     

    xii.
    Hj. Idris Bin Hamid
     
    Pembantu Teknik (2003)

    KOMAS telah didaftarkan bawah subseksyen 7(1) Akta Koperasi 1993 pada 7 Julai 2003 dengan nombor pendaftaran B-4-0358 sebagai suatu koperasi asas dengan liabiliti terhad.

    Mesyuarat Agung Pertama telah diadakan pada
    5 November 2003. Jumlah keanggotaan pada 31 Disember 2003 ialah seramai 133 orang.

    Mesyuarat Lembaga yang pertama telah diadakan pada
    4 Disember 2003.

    Pada peringkat awal, KOMAS hanya digerakkan oleh barisan Lembaga seramai 12 anggota. Pengerusi pertamanya ialah Tuan Hj. Abdullah Bin Marjunid, Setiausaha, Majlis Perbandaran Selayang; beliau berkhidmat di Majlis Perbandaran Selayang dari 1 Mei 2000 hingga 1 Oktober 2005.

    Pada 2005, jentera pengurusan KOMAS diperkemaskan dengan pengambilan pertama kakitangan sepenuh masa yang berjawatan Pembantu Tadbir.

    Pada 2013, jentera pengurusan dan pentadbiran KOMAS telah dimantapkan lagi dengan kakitangan seramai 8 orang.